Kiamat sudah dekat….

Category: Religion

Kiamat sudah dekat....

FYI.

Renung2 kan….
Fikir2 kan…
Khabar2 kan…..

Usia bumi

Assalamualaikum. ..
Mesti korang tkejut kan..neway, just bace dulu n evaluate it later…Allah sahaja yang tahu kebenarannya. Bukti kebenaran Al Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu
dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.]

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun… sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah… daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket… Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi… Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi… Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065….

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007… Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa… . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062… Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066 Wallahu’alam. ..

Semua ini telah dikaji… Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun… Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun… Cubalah anda kirakan sendiri…

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian… Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg
seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan
tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula..aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan
kesejahteraan untuk semua umat Islam.

P/s : mmmm kalu rajin pass la kat kawan2 korang erk.. sian kawan2 korang kalu tak tau ni…
Wallahua’lam. .

18 Sep

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

Category: Religion

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

waktu-buka-puasa-2008

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan’ ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : “sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu” (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. “Sahur” itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma’bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : ” dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar” (Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya “Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam”. (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng’ solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering’ pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, “Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat”. (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami’ as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren’ yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam.

Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : “Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi” ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak” ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

26 Aug

Some good deeds… better share it with people.

Category: Ramblings, Religion

Ini sesuatu yang bagus sangat untuk diamalkan… ……

Rasulullah SAW bersabda, “Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal: [1] Shadaqah jariah , [2] Ilmu yang bermanfaat dan [3] Anak shalih yang mendoakannya. (HR. Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi , Nasa’i dan Ahmad)

SADAQAH JARIAH – KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR
AL SADAQAT AL JARIYAH – THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU!

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah .
Give a copy of Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat

2. Sumbangkan kursi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah .
Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat

3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang
Share constructive reading material with someone

4. Bantu Pendidikan seorang anak
Help in educating a child

5. Ajarkan seseorang sebuah do’a.
Pada setiap bacaan do’a itu, anda dapat hasanah
Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain hasanaat

6.. Berbahagi CD Quran atau Do’a
Share a dua or Quran CD

7. Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta
Participate in the building of a mosque thru wealth or strength

8. L etakkan pendingin air di tempat umum
Place a water cooler in a public place

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung
dibawahnya, anda dapat hasanah
Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat

10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu
dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.
Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment

22 Jul

Petrol Membakar Aqidah

I took this article at mcm2ada.blogspot, and found this malay version article about the increase in petrol price had made people become selfish and forgot about the importance of the existence of Allah s.w.t who the creator of this and the one that make things impossible to possible. Trust in Qada’ n Qadar have been neglected by those who really lack in IMAN.

Petrol Membakar Aqidah

Pengumuman kenaikan harga petrol baru-baru ini disambut ‘riang’ oleh rakyat Malaysia sehingga stesen-stesen minyak di seluruh negara ‘berpesta’ sakan. Kenaikan ini pada mulanya di umumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad bahawa berkuatkuasa Ogos nanti namun indah khabar dari rupa. Kenaikan sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter menggambarkan situasi yang sangat membimbangkan ramai pihak terutama individu yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kekhuatiran kenaikan harga barang juga menjadi perdebatan yang hangat di meja kedai kopi hingga ke meja makan dapur. Rakyat semakin resah, paniknya semakin bertambah. Dalam masa yang sama juga petrol sudah ‘membakar’ aqidah.

Membakar Aqidah

Selepas pengumuman tersebut, dunia seolah-olah mengalami ‘kiamat’ kecil. Stesen-stesen minyak sesak sejak awal petang lagi hingga lewat tengah malam. Solat maghrib terlepas begitu sahaja akibat kesesakan yang dialami sehingga ada beberapa individu yang bergaduh kerana berlanggar sesama sendiri. Cacian juga hinaan dilontarkan kepada kereta-kereta yang memotong barisan tanpa mengira bangsa atau agama. Setibanya di rumah lewat malam dalam keadaan yang sangat memenatkan, solat isyak tergadai begitu sahaja akibat panggilan bantal dan tilam lebih enak berbanding panggilan Ilahi untuk mengadap-Nya.

Umat Islam terutamanya sanggup mengeluarkan kenyataan yang berbaur syirik kecil;

Matilah aku harga minyak sudah naik. Kalau tak isi malam ni akulah manusia paling rugi di dunia ”

Ayah di rumah pening memikirkan sumber pendapatan dan kos sara hidup yang semakin meningkat sehingga menolak keyakinan terhadap REZEKI dan KEBERKATAN kurniaan Allah s.w.t kepada sekalian hamba-Nya. Ibu di dapur sebak lalu menangis mengenangkan kesulitan yang bakal dihadapi dalam membesarkan anak-anak sehingga Kekuasaan dan Keesaan Allah s.w.t diketepikan secara perlahan-lahan tanpa sedar.

Masyarakat semakin kurang solat berjemaah gara-gara masjid jauh dari rumah dan penjimatan minyak diutamakan kepada pengunaan untuk mencari nafkah di luar. Jika dahulu setiap kali hujung minggu ziarah saudara-mara menjadi rutin, tetapi alasan kenaikan harga petrol menjadi penghalang utama mengikat silaturrahim sesama saudara Islam. Ceramah-ceramah agama makin berkurang hadirinnya akibat langkah penjimatan yang dilakukan oleh masyarakat sampai ke tahap yang membimbangkan.

Peniaga-peniaga menaikkan harga barang dengan sewenangnya walaupun menerima subsidi sehingga hilang keimanan mereka kepada Allah s.w.t Yang Maha Melihat;

Tak siapa tahu aku menipu dengan naikkan harga. Tak siapa nampak aku simpan stok untuk tinggikan lagi harga ”

Remaja-remaja rempit yang berkeliaran kian giat merompak dan meragut untuk ‘menyara’ tunggangan mereka yang bernama 125Z dan RXZ. Jenayah seksual juga semakin meningkat akibat kos kenduri dan pernikahan dalam masyarakat Melayu terutamanya menghambat pasangan yang ingin berumahtangga untuk menyediakan sekurang-kurangnya puluhan ribu ringgit. Keinginan yang menggila untuk menyediakan pelamin yang gah, kenduri yang besar, persalinan pengantin yang banyak, upah jurugambar, dan sebagainya menjerut leher mereka sendiri sehingga menolak persoalan KEBERKATAN dalam pernikahan itu sendiri. Tidak hairanlah muda-mudi hari ini memilih jalan yang paling mudah untuk mengisi ‘keperluan’ mereka sebagai manusia yang sudah lanjut usia dengan menyewa hotel murah bersama pasangan tanpa mengeluarkan belanja yang besar. Malah lebih teruk lagi ada yang menculik dan merogol sesiapa sahaja yang berkesempatan.

Bagi keluarga yang sudah biasa dengan hidangan yang sedap serta mahal harganya mula resah akibat kenaikan harga barangan yang melambung. Hidangan yang dihadkan kepada lauk-pauk yang murah mengakibatkan anak-anak mula merajuk. Isteri di dapur pula sehari semalam berleter kepada si suami untuk mencari wang yang lebih untuk menyara keluarga. Suami yang kepenatan tertekan dan kadang-kala boleh menjurus ke arah membunuh diri. Struktur sosial keluarga kian terhakis satu demi satu.

Kenderaan di halaman rumah yang memerlukan petrol yang mencukupi untuk digerakkan menjadi harta utama yang dipandang oleh masyarakat. Hanya kerana ingin bergaya, kereta mewah dan menggunakan petrol yang banyak sanggup dibeli semata-mata memenuhi pandangan masyarakat terhadap KEBAHAGIAAN dan KEJAYAAN yang salah takrifannya.

Situasi ini menampakkan kepada kita kerakusan manusia dalam mengejar kepentingan sendiri tanpa memikirkan soal hidup orang lain.

Masyarakat yang longgar aqidah mereka kian menjunam ke lembah syirik secara perlahan-lahan. Benar bukan? Petrol ‘membakar’ aqidah.

Bertuhankan Dunia

Situasi ini berlaku apabila manusia itu sendiri ‘menyembah’ dunia serta menolak kebenaran Islam yang dibawa melalui al-Quran dan al-Sunnah. Persoalan gaya hidup mewah menjadi kegilaan yang sangat menggerunkan sehingga ada yang sanggup menggadaikan maruah dan kehormatan untuk mencapai kesenangan hidup. Lambakan iklan-iklan yang menjaja kemodenan yang berteraskan nafsu dikayakan dalam media massa serta disuntik ke dalam pemikiran rakyat. Maka, masyarakat selesa berada dalam keadaan mewah ini tanpa memikirkan persoalan nasib orang lain yang tertindas dan hidup dalam serba kekurangan.

Kenderaan mewah yang menimbulkan kemegahan masyarakat selama ini menjadi ukuran kekayaan seseorang di mata masyarakat. Malah hampir semua perniagaan langsung dan Multi Level Marketing (MLM) menggambarkan usahawan yang berjaya mesti memiliki kerta mewah sebagai kayu ukur kejayaan hidup seseorang. Adakah benar dengan memiliki kereta mewah seseorang itu dianggap berjaya? Kejayaan dalam konteks kebendaan yang dilihat ternyata merosakkan sistem masyarakat. Masyarakat sudah menodai Rukun Negara yang pertama tanpa disedari; Kepercayaan Kepada Tuhan.

Persoalan gaya hidup yang terlalu mementingkan kemewahan dan keselesaan menampakkan kepincangan mentaliti masyarakat, tidak terkecuali kepada umat Islam. Saranan gerakan sivil serta pertubuhan-pertubuh an bukan kerajaan selama ini yang tidak diambil endah kian difokuskan sebagai jalan keluar segala permasalahan yang dihadapi saban hari. Dahulunya pandangan golongan ini dianggap sebagai ‘kurang waras’ oleh masyarakat akibat racun pihak media massa yang menusuk setiap urat nadi rakyat.

Memadam Kebakaran

Saranan YAB Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada rakyat untuk menukar gaya hidup dilihat sebagai “ meludah ke langit”. Sebagai seorang pemimpin yang beragama Islam, riwayat hidup saidatina Khadijah wajar dijadikan sebagai iktibar dan pedoman kepada seluruh umat Islam. Apabila musyrikin Mekah memboikot penganut Islam ketika itu, saidatina Khadijah tampil dengan menggunakan kesemua hartanya sebagai penyelamat kepada kesengsaraan yang dialami umat Islam sehingga beliau jatuh miskin. Saidina Abu Bakar pula sanggup menghabiskan semua hartanya dalam membantu penderitaan umat Islam sehingga beliau berkata:

Hanya Allah s.w.t dan Rasul-Nya sahaja yang aku tinggalkan kepada isteri dan anak-anakku ”

Tauladan yang mulia ini sepatutnya dijadikan ikutan setiap umat Islam yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dan percaya kepada pertolongan- Nya dalam setiap kesulitan yang dihadapi. Jika umat Islam memahami syari’at Islam serta mengambil tindakan bersama untuk menangani segala permasalahan yang dihadapi berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah, tidak ada yang mustahil dengan pertolongan dari-Nya.

Majoriti menteri dan ahli parlimen beragama Islam. Malah kekayaan golongan ini mencapai ke suatu tahap yang sangat tinggi sama ada melalui pengisytiharan harta secara terbuka mahupun yang disembunyikan. Tidak mustahil dengan ketokohan golongan ini mengambil iktibar keperibadian saidina Abu Bakar al-Siddiq serta saidatina Khadijah sedikit sebanyak mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi krisis harga petrol yang melambung. Sangat sukar tetapi tidak mustahil. Mengapa? Penanaman aqidah yang sahih dalam diri masyarakat di Malaysia sedikit longgar sejak kecil akibat kepincangan sistem pendidikan namun keyakinan kepada ganjaran Allah s.w.t wajib menjadi pegangan utama. Peringatan ini harus diulangi saban hari.

Firman Allah s.w.t dalam Kitab-Nya:

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) ”

[QS al-Rūm 30:41]

Mari kita sama-sama memikirkan kembali kerosakan yang kita lakukan di dunia sama ada bersifat zahiriah mahupun batiniah. Semoga Allah s.w.t menghimpunkan kita dalam golongan yang bersyukur dengan apa yang ada dan beriman kepada-Nya dengan sebenar-benar iman. Astaghfirullah.

16 Jun
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes