Kenduri vs Bakteria Jahat

Category: Ramblings

121820112965

Thanks K.Aisah Arunah on your thoughtful thoughts for reminding on certain ocassions that could lead to baby’s poor health. Just copy and paste from facebook as for my future reference.

Sharing: khas utk ibu n bakal ibu.. Reena Reen Fatimah Arunah Mummy Rich Nurulakma Wahab Mazuin Osman Clarke.. aku pon kdg kdg tergugat ngan situasi utk berkata NO.. tp bila fikir keselamatan ank sendiri biarlah org nk kata apa pon sebab yg dipertaruhkan ank aku sendiri.. say wat u wanna say.. aku tetap ibunya.. kannn emo sikit. . Ahaks.

Kesian bila dengar ada bayi dalam tempoh berpantang kena demam virus….disebabkan jangkitan. Sampai berkampung berminggu2 di katil hospital.

Dan bila ditanya ibu2 bayi ini….jawapan sama diterima……

“Aritu buat majlis aqiqah….ramai yg dtg n pegang2….”

Bila ditanya kenapa yg kalut nak buat majlis awal2 sgt?

Dia jawab…..

“Nak buat mcm mana kak…..mak mentua sy dok berkeras nak buat.”

Kdg2 rasa macam nak marah je kat ibu2 yg bagi saya “lembik” ini. Tak mampukah membuat keputusan dan memberikan jawapan kepada mak mentua demi kesihatan dan keselamatan anak yg dikandung selama 9 bulan 10 hari itu? Just learn to say NO!!!

Ttp sy xblh salahkan mereka sbb sy tak pernah akn mengerti untuk menjadi menantu yg ada mak mentua yg suka mengarah. Sy faham mereka terikat dgn keadaan. Begitu juga dgn suami mereka…

Oleh itu….luahan hati ini khas buat nenek2 baru…atuk2 baru…ibu2 dan bapa2 baru…..

Tolonglah…..Tolonglah…..jangan kerana terlalu ingin berkongsi kegembiraan…kalian sanggup mengambil risiko atas kesihatan bayi yang baru lahir…..

Anak2 itu masih lemah….
Masih baru…..
Masih janggal…..
utk hidup didunia yg serba serbi berkuman dan berbakteria ini…..

Ketika anak2 ini di katil wad saban hari….adakah kalian yg akn menjaga bayi2 ini 24 jam?
Rasanya tidak…..
Yg menjaga semestinya ibu yg masih berbengkung dan berstokin.

Ketika anak2 ini dicucuk dengan jarum sehalus lidi berulang kali demi menemukan urat utk mengambil darah….
adakah kalian yg akan menyaksikan ia dengan hati yg tabah..
Semestinya tidak…
Yg terpaksa berdepan dengan gambaran ini semestinya ibu yg tidak betah dengan kepenatan meneran bayi dari rahim…mahupun dilapah perut demi melahirkan.

Ketika anak2 ini tidak bermaya dan kepucatan…..
Adakah anda akan berteleku termenung mengenang nasib si anak….
Jika ada sekalipun….bukanlah sepanjng hari….
Seperti mana sang ibu menghadapainya dengan tangisan kesalan dan kepenatan dalam rimasnya nifas dan bengkak susu dari mulanya sakit sehingga sembuhnya anak.

Tahukah kalian….
Kaum India pun melarang org dtg menziarah selama sebulan berpantang.

Kita….anak baru seminggu terzahir….sudah diusung sana kemari.
Dipanggil sekampung melonjakkan anak dari satu tangan ke satu tangan yg tak pasti kotor dan bersih….
Belum lagi dikira dengan yg hadir dengan seribu satu penyakit berjangkit yg terzahir atau terbenam…..

Cukup2lah bersederhana.
Bertahnik…
Sesudu zam2…secalit kurma…
Oleh tangan tua yang berilmu agama dan berwibawa mulia…
Dicukur jambul diberi nama….
Untuk minggu anak yg pertama….

Tolonglah…….
Kalau ia pun nk berkenduri genap seminggu…..
Kuncikanlah ibu dan bayi atas loteng….

Jgn demi kenyang kambing….
Kesihatan sikecil jadi taruhan…..

Tags: bakteria
13 Nov

Leave a Reply